KUALA LUMPUR: Seorang wanita ditahan kerana disyaki melarikan sebuah kereta milik sepasang suami isteri yang ditinggalkan tanpa mematikan enjin kenderaan di Jalan Genting Klang di sini, petang Khamis.
Suspek berusia 38 tahun dan memiliki 14 rekod lampau berkaitan jenayah dan dadah bertindak memandu kereta jenis Honda City secara agresif dan kemudian melanggar beberapa kenderaan seperti dipaparkan menerusi rakaman video yang tular di media sosial hari ini.
Ketua Polis Daerah Wangsa Maju Supt Ashari Abu Samah berkata hasil siasatan polis mendapati kejadian berlaku pada 2.30 petang di hadapan Kolej Vokasional Setapak, ketika mangsa lelaki bersama isterinya keluar dari kenderaan tanpa mematikan enjin untuk mengangkat barang.
"Mangsa kemudian mendapati kenderaannya dibawa lari seorang wanita menghala ke pusat bandar.
"Mangsa kemudian bertindak meminjam motosikal milik pengawal keselamatan yang berada berdekatan untuk membuat laporan polis.
"Apabila tiba di lampu isyarat hadapan Setapak Central, mangsa mendapati kenderaannya terbabit dalam kemalangan selain suspek telah ditahan oleh orang awam dan kemudiannya diserahkan kepada pihak polis untuk tindakan lanjut," katanya dalam kenyataan malam ini.
Beliau berkata suspek disiasat di bawah Seksyen 379 A Kanun Keseksaan kerana curi kenderaan dan Seksyen 279 Kanun Keseksaan kerana memandu atau menunggang dengan gopoh di jalan awam.
-- BERNAMA
Bernama
Thu Feb 17 2022
Seorang wanita ditahan kerana disyaki melarikan sebuah kereta milik sepasang suami isteri yang ditinggalkan tanpa mematikan enjin kenderaan di Jalan Genting Klang, petang Khamis. -Video tular
Bedah siasat jenazah pendaki rakyat Malaysia dijangka hari ini
Jenazah pendaki Zulkifli Yusuf yang kini berada di sebuah hospital Anchorage, Alaska dijadual akan menjalani proses bedah siasat pada hari ini.
Juruterbang maut nahas 2 pesawat ketika sambutan ulang tahun Tentera Udara
Nahas udara melibatkan dua pesawat kecil di sebuah pertunjukan udara di Portugal pada Ahad mengorbankan seorang juruterbang dan mencederakan seorang lagi.
Tiga sekeluarga dihanyut kepala air sempat berpaut pada pelampung
Siti Alia Aisha Mohd Afandi, 30, berkata, kejadian kira-kira jam 4.30 petang itu berlaku dalam tempoh yang singkat.
Polis tak tutup kes pecah masuk rumah Kieda Crepe
Polis masih mengesan suspek yang memecah masuk dan melarikan barang kemas dari kediaman pempengaruh Siti Nur Khalieda Yusra atau Kieda Crepe di sini pada 25 April.
Filem The Experts catat Kutipan RM10 juta
Filem aksi heist nombor satu pilihan ramai ketika ini, The Experts terus mencipta kejayaan apabila berjaya meraih kutipan RM10juta.
China lanjutkan pengecualian visa, Malaysia perlu manfaatkan sepenuhnya pelancongan
Menurut Setiausaha Agung Gabungan Persatuan-Persatuan Pelancongan Malaysia (MTF), Malaysia harus memastikan keseluruhan ekosistem pelancongan mendapat manfaat, termasuk perkhidmatan pengangkutan, hotel, pemandu pelancong, pusat membeli-belah dan pelbagai lagi.
Marriot perhentian mula beroperasi
Perhentian Marriott Resort & Spa features 200 exquisite deluxe rooms and 17 luxurious villas. Sultan of Terengganu Sultan Mizan Zainal Abidin officiated the grand opening, the largest of its kind in the region.
Kriteria calon pilihan PH, analisis kemenangan PN pada PRN lepas dan mampukah Sg Bakap dirampas PH?
Apa strategi paling berkesan untuk buat calon yang bakal dipertaruhkan oleh PH untuk merampas kerusi DUN Sungai Bakap, dan apa pula kelebihan PN untuk mempertahankan kerusi tersebut?
Tinju: Wilder tumbang di tangan Zhang dengan pukulan KO
Petinju China Zhilei Zhang menumbangkan Deontay Wilder dalam aksi tinju heavyweight dunia.
SPR bakal mesyuarat tetap tarikh pada 6 Jun
SPR akan mengadakan satu mesyuarat khas pada 6 Jun ini bagi membincangkan tarikh-tarikh penting pelaksanaan PRK DUN Sungai Bakap.
Peragut dah kena cekup polis
Suspek yang menunggang sebuah motosikal telah meragut telefon bimbit mangsa ketika cermin tingkap kereta itu dalam keadaan terbuka sebelum melarikan diri.
Wanita larikan kenderaan ditahan
Suspek berusia 38 tahun dan memiliki 14 rekod lampau berkaitan jenayah dan dadah bertindak memandu kereta jenis Honda City secara agresif.
Gaduh di restoran, polis kesan individu disyaki terlibat
Usaha mengesan pihak-pihak yang terlibat masih dijalankan dan siasatan dijalankan di bawah Seksyen 147 Kanun Keseksaan.
Tiga lagi termasuk suspek tetak pesara Mardi di Bangsar diberkas
Salah seorang suspek dipercayai adalah individu yang bertindak menetak mangsa Dr Wan Hassan hingga maut.
Larikan diri dan cuba langgar polis, dua das tembakan dilepaskan
Polis trafik terpaksa lepaskan dua das tembakan selepas sebuah kereta yang dinaik dua lelaki enggan berhentikan kenderaan mereka.
Seorang cedera dalam kejadian berbalas tembakan di ibu negara
Kejadian berlaku apabila anggota polis sedang memeriksa seorang lelaki yang dikehendaki polis.
Lebih 20 letupan kuat didengari - Saksi kebakaran Setapak
Lebih 20 letupan kuat didengari dari kilang di Jalan Perusahaan Kiri, Setapak itu dalam kejadian kira-kira 7 malam itu.